Ini yang Membuat Lelaki Tak Boleh Mencapai ‘Puncak’

Kemampuan mencapai klimaks selalu sinonim ditujukan kepada kaum perempuan, padahal tak sedikit laki-laki yang mengalami masalah ini. Jika tidak boleh mencapai klimkas, mungkin salah satu perkara ini penyebabnya.

“Salah satu aduan seksual yang umum dikalangan lelaki adalah ketidakmampuannya untuk orgasme (mencapai klimaks),” ujar Irwin Goldstein, MD, pengarah San Diego Sexual Medicine.

Orgasme yang dialami oleh laki-laki adalah pengalaman yang kompleks, dan fungsi utamanya adalah ejakulasi sperma. Walaupun tidak semua laki-laki yang berjaya ejakulasi dapat merasakan orgasme.

Ada pelbagai perkara yang boleh menjelaskan mengapa seorang laki-laki tidak boleh mencapai klimaks, biasanya melalui ujian biologi dan psikologi, doktor boleh menentukan penyebabnya.

Berikut ini perkara-perkara yang membuat laki-laki tak mampu gapai klimaks, iaitu:

1. Hipotiroid
Keadaan ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak mampu menghasilkan hormon yang cukup. Walaupun banyak dialami oleh perempuan, tapi hipotiroid tetap boleh menyerang laki-laki.

2. Hipogonadism
Pada keadaan ini testis tidak mampu menghasilkan testosteron dalam jumlah yang cukup, sehingga membuat kemampuannya untuk mencapai klimaks terganggu.

3. Penyebab psikologi
Keadaan ini termasuk kemurungan, kecemasan atau gangguan panik dan beberapa jenis masalah psikologi yang lain. Selain itu kesukaran mencapai orgasme atau klimaks juga boleh disebabkan oleh kesan sampingan dari ubat antidepresan.

4. Gangguan saraf
Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh terganggunya saraf seperti strok, multiple sclerosis dan diabetes yang sudah menyebabkan komplikasi saraf boleh menjejaskan kemampuan laki-laki untuk mencapai orgasme.

5. Kecederaan fizikal
Sukar mencapai orgasme tidak hanya disebabkan oleh psikologi, tapi juga boleh dipengaruhi oleh kecederaan fizikal seperti kecederaan pada tulang spinal atau tulang besar yang lain.

6. Masalah prostat
Salah satu masalah yang cukup ditakuti oleh kaum laki-laki adalah masalah atau gangguan prostat, seperti pembesaran prostat, jangkitan atau operasi yang mempengaruhi prostat mahupun organ pelvis lain.

About these ads

, ,

  1. Tinggalkan komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: